hyee semua.. see u again :) ..entry kali ini mengenai masalah realiti yang sering berlaku..Melihat kepada masalah pengangguran yang semakin serius pada hari ini terutamanya dalam kalangan mahasiswa di negara ini kian bertambah, apa puncanya dan adakah ia relevan berlaku kepada pelajar lepasan universiti? Apakah sebenarnya masalah yang menyebabkan mereka menjadi penganggur?
Kebanyakannya bukan tidak mendapat pekerjaan atau sebarang tawaran tetapi mungkin kerjaya yang ditawarkan tidak bersesuaian dengan minat mereka. Kebanyakan mereka masih mencari kerjaya yang dirasakan bersesuaian dengan status mereka sebagai lepasan universiti......
Salah satu faktornya sikap siswazah yang terlalu memilih pekerjaan dan beranggapan tidak setaraf dengan kelulusan mereka. Jika dilihat, banyak sebenarnya peluang pekerjaan ditawarkan tetapi para graduan tidak pandai mengambil peluang yang ada. Selain itu, mereka juga boleh memperolehi pekerjaan dengan pelbagai cara selain bergantung pada sektor pekerjaan sedia ada.......
keliruu ?? |
Sebenarnya mereka boleh memulakan perniagaan sendiri dengan menggunakan ilmu yang telah dipelajari semasa menuntut di universiti. Sememangnya persaingan antara graduan merupakan salah satu masalah besar yang mendorong kepada pengangguran siswazah terutama faktor kelulusan yang tidak sesuai dengan permintaan dunia kerjaya. Pengangguran di kalangan siswazah akan terus terjadi sekiranya mereka tidak berusaha mencari alternatif membina kerjaya sendiri atau menceburkan diri dalam kegiatan ekonomi seperti bidang keusahawanan yang boleh membantu menggerakkan ekonomi di samping dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan lain.....
Graduan perlu berfikir secara profesional dan bijak merancang masa hadapan dan tidak salah jika bermula dari bawah untuk memperolehi pengalaman dan bukannya terus berada di atas.... sekian, daaaa...:)
No comments:
Post a Comment