hyee semuaa... entry kali nie mengenai ' Kerja VS Kerjaya ' ermm, masih ramai yang kabur dengan definisi ‘kerjaya’ dalam hidupnya. Sudah tentu semua orang tahu apa itu kerja, tetapi ramai tersalah anggap yang ‘kerjaya’ itu semata-mata lanjutan daripada kerja... Bermula daripada satu kerja atau tanggungjawab, naik pangkat, naik pangkat lagi dan seterusnya sehingga menjadi Bos. Apabila tidak memahami perbezaan antara kerja dan kerjaya, ramai daripada kita yang hanya buat kerja, pergi ke pejabat semata-mata kerana mengharapkan gaji hujung bulan atau bonus dan sebagainya.
‘kerjaya’ yang sebenar berkait rapat dengan suatu istilah penting yang lain dalam kamus dunia pekerjaan, yang sebenarnya kurang kita dengar iaitu ‘legasi’. Legasi adalah sumbangan yang kita ingin sumbangkan kepada kerja, syarikat, industri, komuniti, dunia atau keluarga kita. Sumbangan ini boleh jadi angan-angan yang besar yang mampu mengubah landskap dunia seperti mencipta sumber tenaga alternatif yang murah, atau cara pengangkutan baru yang lebih murah, atau cara pengeluaran yang lebih efisien.
Sebenarnya perjalanan memiliki kerjaya bermula dengan suatu angan-angan atau cita-cita, dengan matlamat akhirnya adalah legasi yang kita mahu tinggalkan setelah kita pergi. Lebih mudah bagi kita memikirkan cita-cita kita apabila kita bayangkan legasi yang kita mahu tinggalkan kepada anak-anak, keluarga, jiran tetangga, masyarakat, negara atau dunia. Dan apabila sudah ada cita-cita dan legasi di minda, bolehlah kita mula mengorak rancangan bagi mencapai cita-cita kita. Perjalanan inilah yang dipanggil kerjaya. Dan kesedaran mengenai kerjaya ini sebenarnya boleh datang pada mana-mana tahap kehidupan kita, malah boleh bermula dari bangku sekolah lagi!
Sama-samalah kita fikirkan dan bentukkan di minda, legasi dan cita-cita yang hebat.
who's the boss ?? |
No comments:
Post a Comment