Sunday 30 September 2012

•✿ Pekerja Asing ✿•

Assalamualaikum...

Hyeee my peeps... tajuk entry pada kali ini ialah 'Pekerja Asing'..... sememangnya isu pekerja asing bukanlah satu perkara baru di negara kita.. Pekerja asing kebanyakannya datang dari negara yang mempunyai masalah dalaman seperti Indonesia, Filipina, Bangladesh, India, Myanmar, Vietnam, dan yang terbaru dari China....

Faktor pekerja asing lebih berminat dengan negara kita ialah kemakmuran dan kestabilan ekonominya. Kekurangan tenaga kerja tempatan juga membuka peluang kepada penduduk negara- negara luar untuk mencari rezeki di sini. Walau apa pun ramai penduduk tempatan berpendapat bahawa masalah pekerja asing ini perlu dikawal agar tidak menjadi lebih serius.....

Apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan ialah menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas. Hal ini kerana banyak pekerja asing adalah pendatang haram yang menyusup masuk dengan menggunakan dokumen palsu. Akta imigresen perlulah lebih tegas agar pendatang haram ini tidak berani bertindak lebih jauh. Perairan negara juga haruslah dikawal sepanjang masa untuk mengelakkan mereka menyusup melalui jalan laut......


Sesetengah pihak juga sering menyalahkan belia kerana terlalu memilih pekerjaan tetapi pernahkah mereka cuba untuk memahami masalah belia itu sendiri? Sebagai contoh walaupun belia itu tidak memilih pekerjaan tetapi adakah majikan akan mengambil pekerja tempatan dan dibayar dengan gaji yang berpatutan. Sudah tentu tidak. Majikan lebih rela mengambil pekerja asing dengan bayaran yang murah dan tidak dikenakan caruman EPF atau SOCSO. Bukankah itu lebih menguntungkan? Begitu juga sekiranya belia itu mendapat pekerjaan yang dimintanya tetapi hidup dalam sua sana di kalangan pekerja asing. Dapatkah belia itu menyesuaikan diri dalam keadaan sebegitu? buka minda anda seketika.....

Walau apa jua pendapat masyarakat tentang isu ini, kedatangan pekerja asing ini tetap ada keburukan dan kebaikannya. Terpulanglah kepada polisi kerajaan sama ada ingin kebaikan atau sebaliknya... Untuk mencapai yang terbaik, kerajaan haruslah mengkaji segala aspek dari segi ekonomi, politik, dan sosial agar kedatangan pandatang asing ini dapat dimanfaatkan untuk pembangunan negara...... sekiann..

No comments:

Post a Comment