Sunday 30 September 2012

•✿ Sektor Pekerjaan ✿•

Assalamualaikum...

hyee sahabat.... ermmm, post kali ini mengenai sektor pekerjaan.. mesti kita tertanya-tanya, lepas grade nanti nak ceburi sektor pekerjaan apa ? entry ini sedikit sebanyak membantu anda....Secara umum, kerjaya boleh dibahagikan sekurang-kurangnya kepada lapan bidang utama:
  •  Bidang kewangan/perniagaan/hartanah
  •  Bidang penulisan dan komunikasi
  •  Bidang saintifik/perubatan
  •  Bidang perkeranian dan pentadbiran
  •  Bidang seni reka dan kreatif
  •  Bidang teknikal
  •  Bidang keusahawanan
  •  Bidang perkhidmatan
disini saya kongsikan sedikit info tentang bidang kerja dan contoh jawatan...

1. Kewangan/Perniagaan
(bagi yang berminat dengan kerja-kerja jualan, cenderung ke arah kewangan dan perniagaan, suka bergaul dan mempengaruhi orang ramai)
Pentadbiran dan pengurus bank
Perancang dan pengurus kewangan
Pengurus dan agen insurans
Eksekutif jualan dan pemasaran
Pengurus pengiklanan
Eksekutif akaun
Akauntan/juruaudit
Aktuari
Pegawai bank
Pemerosesan data
Penganalisis data

2. Penulisan dan Komunikasi
(Bagi yang berminat dalam bidang penulisan, sastera dan seni)
Wartawan
Editor
Jurubahasa
Penterjemah
Penerbit rancangan radio/televisyen
Pengacara radio/televisyen
Penulis skrip
Perunding komunikasi

3. Perubatan/Sains
(Bagi yang meminati kerja-kerja penyelidikan dan mempunyai kaitan dengan sains dan masyarakat)
Doktor (am/bedah/gigi/mata/pakar)
Doktor haiwan
Jururawat
Pembantu makmal/pembantu perubatan
Juru radiologi
Ahli farmasi
Juru terapi
Saintis
Ahli biologi/kimia
Pakar nuklear
Ahli geologi/geofizik

4. Perkeranian dan Pentadbiran
(Bagi yang berminat melakukan tugas berkaitan dengan pentadbiran, kesetiausahaan dan merekod maklumat)
Pengurus perjawatan
Pegawai sumber manusia
Pegawai tadbir
Pembantu undang-undang
Kerani
Setiausaha

5. Seni Reka dan Kreativiti
(Bagi yang minat melukis, mereka dan mencipta bahan-bahan seni dan kreatif)
Pelukis
Pelukis grafik/batik
Pereka fesyen/barang kemas/seramik dan sebagainya
Pereka bentuk dalaman
Jurugambar
Juru solek

6. Teknikal
(Berminat mengendali, mereka bentuk, mereka cipta, membina atau membaiki peralatan mesin dan perkara teknikal lain)
Arkitek
Perancang Bandar dan Wilayah
Juruteknik
Juruukur
Mekanik
Jurutera (Elektronik/Elektrik/Awam dan lain-lain)
Pakar runding

7. Keusahawanan
(Bagi yang yang suka bekerja sendiri dengan menjalankan perniagaan dan perusahaan)
Perniagaan runcit
Perusahaan Kilang
Pemborong
Kontraktor
Pengusaha hotel
Perusahaan bengkel
Perusahaan butik

8. Perkhidmatan
(Bagi yang suka melakukan kerja-kerja sosial atau melibatkan orang ramai)
pensyarah/guru
Pustakawan
Pegawai Perhubungan Awam
Peguam/pendakwaraya/hakim
Polis/askar
Pemandu pelancong
Kaunselor
Pramugari/pramugara
Tukang masak profesional

•✿ Pekerja Asing ✿•

Assalamualaikum...

Hyeee my peeps... tajuk entry pada kali ini ialah 'Pekerja Asing'..... sememangnya isu pekerja asing bukanlah satu perkara baru di negara kita.. Pekerja asing kebanyakannya datang dari negara yang mempunyai masalah dalaman seperti Indonesia, Filipina, Bangladesh, India, Myanmar, Vietnam, dan yang terbaru dari China....

Faktor pekerja asing lebih berminat dengan negara kita ialah kemakmuran dan kestabilan ekonominya. Kekurangan tenaga kerja tempatan juga membuka peluang kepada penduduk negara- negara luar untuk mencari rezeki di sini. Walau apa pun ramai penduduk tempatan berpendapat bahawa masalah pekerja asing ini perlu dikawal agar tidak menjadi lebih serius.....

Apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan ialah menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas. Hal ini kerana banyak pekerja asing adalah pendatang haram yang menyusup masuk dengan menggunakan dokumen palsu. Akta imigresen perlulah lebih tegas agar pendatang haram ini tidak berani bertindak lebih jauh. Perairan negara juga haruslah dikawal sepanjang masa untuk mengelakkan mereka menyusup melalui jalan laut......


Sesetengah pihak juga sering menyalahkan belia kerana terlalu memilih pekerjaan tetapi pernahkah mereka cuba untuk memahami masalah belia itu sendiri? Sebagai contoh walaupun belia itu tidak memilih pekerjaan tetapi adakah majikan akan mengambil pekerja tempatan dan dibayar dengan gaji yang berpatutan. Sudah tentu tidak. Majikan lebih rela mengambil pekerja asing dengan bayaran yang murah dan tidak dikenakan caruman EPF atau SOCSO. Bukankah itu lebih menguntungkan? Begitu juga sekiranya belia itu mendapat pekerjaan yang dimintanya tetapi hidup dalam sua sana di kalangan pekerja asing. Dapatkah belia itu menyesuaikan diri dalam keadaan sebegitu? buka minda anda seketika.....

Walau apa jua pendapat masyarakat tentang isu ini, kedatangan pekerja asing ini tetap ada keburukan dan kebaikannya. Terpulanglah kepada polisi kerajaan sama ada ingin kebaikan atau sebaliknya... Untuk mencapai yang terbaik, kerajaan haruslah mengkaji segala aspek dari segi ekonomi, politik, dan sosial agar kedatangan pandatang asing ini dapat dimanfaatkan untuk pembangunan negara...... sekiann..

•✿ arghhh, nak kerja apa nie ?? ✿•

Assalamualaikum.....

hyee semua.. see u again :) ..entry kali ini mengenai masalah realiti yang sering berlaku..Melihat kepada masalah pengangguran yang semakin serius pada hari ini terutamanya dalam kalangan mahasiswa di negara ini kian bertambah, apa puncanya dan adakah ia relevan berlaku kepada pelajar lepasan universiti? Apakah sebenarnya masalah yang menyebabkan mereka menjadi penganggur?

Kebanyakannya bukan tidak mendapat pekerjaan atau sebarang tawaran tetapi mungkin kerjaya yang ditawarkan tidak bersesuaian dengan minat mereka. Kebanyakan mereka masih mencari kerjaya yang dirasakan bersesuaian dengan status mereka sebagai lepasan universiti......

Salah satu faktornya sikap siswazah yang terlalu memilih pekerjaan dan beranggapan tidak setaraf dengan kelulusan mereka. Jika dilihat, banyak sebenarnya peluang pekerjaan ditawarkan tetapi para graduan tidak pandai mengambil peluang yang ada. Selain itu, mereka juga boleh memperolehi pekerjaan dengan pelbagai cara selain bergantung pada sektor pekerjaan sedia ada.......

keliruu ??
Sebenarnya mereka boleh memulakan perniagaan sendiri dengan menggunakan ilmu yang telah dipelajari semasa menuntut di universiti. Sememangnya persaingan antara graduan merupakan salah satu masalah besar yang mendorong kepada pengangguran siswazah terutama faktor kelulusan yang tidak sesuai dengan permintaan dunia kerjaya. Pengangguran di kalangan siswazah akan terus terjadi sekiranya mereka tidak berusaha mencari alternatif membina kerjaya sendiri atau menceburkan diri dalam kegiatan ekonomi seperti bidang keusahawanan yang boleh membantu menggerakkan ekonomi di samping dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan lain.....

Graduan perlu berfikir secara profesional dan bijak merancang masa hadapan dan tidak salah jika bermula dari bawah untuk memperolehi pengalaman dan bukannya terus berada di atas.... sekian, daaaa...:)

•✿ Kerja vs Kerjaya ✿•

Assalamualaikum...

hyee semuaa... entry kali nie mengenai ' Kerja VS Kerjaya ' ermm, masih ramai yang kabur dengan definisi ‘kerjaya’ dalam hidupnya. Sudah tentu semua orang tahu apa itu kerja, tetapi ramai tersalah anggap yang ‘kerjaya’ itu semata-mata lanjutan daripada kerja... Bermula daripada satu kerja atau tanggungjawab, naik pangkat, naik pangkat lagi dan seterusnya sehingga menjadi Bos. Apabila tidak memahami perbezaan antara kerja dan kerjaya, ramai daripada kita yang hanya buat kerja, pergi ke pejabat semata-mata kerana mengharapkan gaji hujung bulan atau bonus dan sebagainya.

‘kerjaya’ yang sebenar berkait rapat dengan suatu istilah penting yang lain dalam kamus dunia pekerjaan, yang sebenarnya kurang kita dengar iaitu ‘legasi’. Legasi adalah sumbangan yang kita ingin sumbangkan kepada kerja, syarikat, industri, komuniti, dunia atau keluarga kita. Sumbangan ini boleh jadi angan-angan yang besar yang mampu mengubah landskap dunia seperti mencipta sumber tenaga alternatif yang murah, atau cara pengangkutan baru yang lebih murah, atau cara pengeluaran yang lebih efisien.

Sebenarnya perjalanan memiliki kerjaya bermula dengan suatu angan-angan atau cita-cita, dengan matlamat akhirnya adalah legasi yang kita mahu tinggalkan setelah kita pergi. Lebih mudah bagi kita memikirkan cita-cita kita apabila kita bayangkan legasi yang kita mahu tinggalkan kepada anak-anak, keluarga, jiran tetangga, masyarakat, negara atau dunia. Dan apabila sudah ada cita-cita dan legasi di minda, bolehlah kita mula mengorak rancangan bagi mencapai cita-cita kita. Perjalanan inilah yang dipanggil kerjaya. Dan kesedaran mengenai kerjaya ini sebenarnya boleh datang pada mana-mana tahap kehidupan kita, malah boleh bermula dari bangku sekolah lagi!

Sama-samalah kita fikirkan dan bentukkan di minda, legasi dan cita-cita yang hebat.

who's the boss ??

•✿ Tema : Pekerjaan ✿•

Assalamualaikum...

hye semua.. kali ini entry bertemakan tajuk pekerjaan.. tahu tak, pekerjaan merupakan perkara asas kepada kehidupan  dan melalui pekerjaan membolehkan seseorang itu menjadi penyumbang utama kepada masyarakat dan ekonomi negara.... gaji dan upah yg diterima dpt myediakan kperluan asas kpd ahli keluarga serta tanggungnya... sebenarnya, pekerjaan  meningkatkan nilai peribadi positif seseorang itu...
~ pekerjaan beruniform ~

Komitmen pekerja kepada tugasnya boleh dicapai bilamana mereka mematuhi disiplin, nilai dan etika kerja serta memiliki sikap dan penilaian positif dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.... Penentuan objektif diantara mencapai hasil kebendaan dalam bentuk rezeki untuk diri sendiri, keluarga serta sumbangan tertentu untuk masyarakat mestilah jelas. Inilah sedikit sebanyak gambaran tentang pekerjaan.. tak kisah sama ada bekerja sebagai eksekutif atau bukan eksekutif, tetapi masing-masing bekerja untuk meneruskan kelangsungan hidup... komitmen yang tinggi perlu ada pada setiap pekerja walau apapun pekerjaan yang disandangnya.. akhir kata “Kerja adalah satu beban yang perlu dilakukan untuk hidup. Ia bukanlah sesuatu yang ringan malah merupakan perlakuan yang tiada hujungnya. Namun begitu ia boleh menjadikan kerja itu sesuatu yang menyeronokkan.”

•✿ EPPD 1063 APLIKASI KOMPUTER ✿•

Assalamualaikum...
welcome.. i'm still new here :)
hyee semua, nie blog saya yang pertama and my first post yarh.. 1stly,, nama saya  Nur Izreen binti Md Rasid , boleh panggil saya 'e-in'.. just simple sweet gurl.. i'm an ordinary person, almost sweet 19 on this coming soon 26th Nov... ermm, blog nie khas untuk subjek aplikasi komputer.. saya new born student dalam blogger nie..byak lagi perlu dibelajar dan mohon diajarkan... i'm student class lecturer ENCIK MOHD DZUL AZZWAN BIN MOHD NOR .... class set 2 sem 1 sesi 2012/2013... kami semua dapat tema blog dan setiap post mesti bertemakan tajuk yang diberikan . tema semua orang berbeza dan tema saya ialah 'Pekerjaan'...  dan mentor saya untuk kali ini ialah senior Nabil and the gorgeous, senior Bahiyah.. next entry baru nak mula dengan post mengenai tema iaitu 'pekerjaan'... saya nak ucapkan selamat datang ke dunia baru saya 's2izreenrasid.blogspot.com'... rajin-rajin larh datang nak singgah sebentar disini.. 

:: that's all, tengs my peeps.. ::